Kunci Kedewasaan :)

Alhamdulillah.
Di bulan Ramadhan yang berkat ini,
ALLAH telah panjangkan umurku untuk melihat dan bernafas di alam sementara.
Yang diberi pinjaman kepada setiap manusia untuk munasabah diri ke alam yang kekal.

Aku bersyukur, dilahirkan cukup sempurna dari segi sifat dan akal.
Dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sangat menyayangi.
Diberi kemudahan dan kelebihan untuk melalui kehidupan yang dipinjamkan.
Dianugerahkan teman yang sentiasa disisi ketika susah mahupun senang.

Genap umurku 21 tahun pada hari ini.
Adalah kunci kedewasaan yang harus aku pikul untuk mengorak langkah selepas ini.
Terima kasih untuk setiap ucapan.
Mahupun kelakuan yang sangat memberi makna untuk hari ini.
Yang memberi senyuman mahupun kegembiraan jauh di sudut hati.

Saya doakan kalian semua mendapat rahmat dan barakah dari ALLAH.
Moga kehidupan kalian sentiasa baik dari hari ke hari.
Terima kasih kepada keluarga untuk kehidupan yang indah ini.
Terima kasih kepada teman untuk setiap tutur bicara yang bermakna.
Terima kasih cinta hati selalu berada dekat disisi. 
Dan terima kasih untuk semua. 




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN.
Moga daku menjadi anak yang solehah didunia dan diakhirat.


p / s :
 Da besar anak ibu dan ayah. 
:P