Entah kenapa aku rasa rindu teramat dengan semua kawan lama aku..
Memang aku tahu sedikit pown dihati mereka langsung ta pedulikan aku..
Jauh sekali untuk mengingati aku..
Tetapi..
Kenapa sampai sekarang aku masih memikirkan mereka..
Kenapa juga sampai sekarang aku masaih mengharap mereka seperti dahulu..
Bila tengok mereka bersama..
Aku jadi cemburu teramat tinggi..
Bila tengok mereka bergembira kesana kemari..
Aku jadi sedih teramat pasti..
Bila tengok mereka bermesra dalam facebook..
Aku teringin hendak turut serta..
Tetapi itu semua angan yang pasti tidak terjadi..
Sepatutnya dari awal dahulu aku sedar..
Yang mereka tidak perlukan aku..
Memang terlalu banyak perkara pahit yang harus aku telan, berbanding kenangan manis..
Tetapi semua itu tidak boleh lupus dalam sekelip mata..
Kalau dahulu bergelak tawa bersama apabila berjumpa..
Sekarang hanya jelingan yang menjadi ganti..
Kalau dahulu sakit pown ditemani disisi..
Sekarang hanya doa jahanam yang mengiringi..
Kalau dahulu semuanya baik di pandangan mata..
Sekarang hanya keji sentiasa berlegar di hati..
Untuk keberapa kali aku memikir benda yang masih sama..
Masih tidak ada jalan penyelesaian..
Masih kabur di dalam kehidupan..
Sememangnya..
Aku masih ade lagi teman yang tersisa..
Masih ade teman yang boleh dibual bicara..
Masih ada teman yang bangunkan aku ketika aku tersungkur lemah..
Masih ada teman yang menghargai kewujudan aku dalam kehidupan mereka..
Cuma hati tidak boleh menidakkan perkara yang sedang bergolak dalam minda..
Aku masih bersyukur dengan nikmat yang dipinjam untuk seketika..
Sampai masa nikmat itu akan diambil semula..
Pasrahlah menempuh kehidupan..
aku rindu kalian..
walaupun aku tahu..
aku bukan sebahagian dari senyum tawa kalian !