Teman Kau Harus :)

Dia adalah tempat kau bermanja.
Dia adalah tempat kau bergaduh.
Dia adalah orang yang menjaga kau dari kecil sampai kau meningkat dewasa.
Dia jugalah yang setiap hari memenuhi permintaan kau.
Walaupun kesihatan dia tidak sebaik orang lain.


Aku tahu kehilangan orang yang kita bergantung hidup,
Bukan senang nak hadapi.
Lagi lagi dia adalah pelengkap kehidupan kau,
Selepas pemergian ayah kau semasa kau masih menyusu lagi.


Aku tahu kau teramat sedih.
Aku tahu kau lemah dengan dugaan ini.
Aku tahu teramat berat kau pikul seorang hakikat yang tak boleh kau tegakkan.
Hakikat yang semuanya berlalu begitu cepat.


Tapi kau harus kuat terima kenyataan ini.
Dan dugaan yang ALLAH beri untuk kau.
Sebab ALLAH itu maha adil dan saksama.
Dia tidak akan turunkan ujuan itu diluar batasan diri seseorang untuk menanggung.
Jadi sudah terbukti, kau kuat untuk menerima semua ini.


Menipu jika aku tak bersedih.
Aku juga rapat dengannya.
Pernah berbicara bersamanya.
Ada kata katanya yang masih memberi senyuman dan gelak tawa.
Masih teringat segala gerak gerinya. 


Tapi semua itu kita kene terima dengan redha.
Dunia hanya pinjaman semata.
Dirinya amat disayangi oleh maha pencipta.
Jadi nyawanya diambil bila sudah sampai waktu dan janjinya.
Kita yang hidup hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya. 
Dan aku harap kau juga sebegitu teman. 


Aku tahu kau tak akan pernah baca.
Cuma, aku doakan kau kuat terima dugaan ini.
Kau tak boleh menyiksa diri kau sendiri.
Jangan kau ingat hilangnya, kau tiada siapa.
Kau masih ada lagi keluarga kau yang lain.
Masih ada ibu, kakak, ibu anam, ayah ngah, mak ngah, adeq adeq kau yang lain.
Dan kau masih ada kawan kawan kau yang lain.


Aku percaya mereka akan sentiasa dengan kau.
Sepatutnya aku ada dalam sebahagian daripada mereka.
Tapi mungkin jalan sebegitu tidak berpihak kepada kita sekarang mahupun selamanya.
Tapi aku nak kau tahu, apa pun berlaku,
Aku sentiasa ada untuk kau, jika kau perlukan seseorang.


Jadi, kau harus hidup seperti biasa.
Aku tahu kawan aku dari kecil sampai besar seorang yang kuat! :)
Aku doakan kau tenang dan sabar menghadapi ujian ALLAH wahai teman.
Aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat rahmat disisi ALLAH. 
Amin. :)

- Masih tersimpan kemas lagi gambar ini :) -
p / s : 
Aku tak kuat tengok kau bersedih.
Jangn menangis lagi.
Moga hidupmu diberkati dan dilindunginya.
Amin. 
:')