kehidupan hanya pinjaman..

Hidup..
Sesuatu perjalanan yang panjang..
Menyusuri setiap lorong lorong..
Bertemu kawan dan lawan..
Yang sukar dibezakan..

 Biar ombak bertarik arus..
Semangat takkan putus..
Langkah terus lurus..
Meniti kehidupan yang kudus..

Hidup ini adalah perjuangan..
Sekali kita langkah kehadapan..
Setapak jangan kita berundur..

Tak perlu mencari teman seindah Sulaiman..
Jika diri tidak secantik Balqis..
Mengapa mendambakan teman..
Sesempurna Rasullulah..
Jika diri tidak sebaik Khadijah..
Usah mengharap teman setulus dan kasih Ibrahim..
Jika diri tidak setabah Siti Hajar..



Jangan tertarik pada paras rupa..
kerana keelokkannya boleh menyesatkan..
Jangan pula tertarik pada kekayaan...
kerana ianya boleh hilang..
Tertariklah kepada yang membuatkan anda tersenyum..
Kerana hanya senyuman dapat...
membuatkan hari yang gelap menjadi terang.