Bicara dalam diri..
Bertanya pada akal, rasa dan hati..
Mencari tujuan dalam hidup..
Siapa aku?
Dari satu daerah paling bawah..
Paling hina, paling jijik..
Dibaluti selemabar kasih seorang wanita..
Aku membesar..
Lalu dipaksa menjenguk dunia..
Bertatih dihujung lidah ombak..
Berlari dicelah rerambut gelombang..
Bertarung dengan rebut kehidupan..
Menanggung berat beban yang bergelodak..
Aku sering bertanya..
Kemana aku selepas ini?
Di mana suratan hidupku?
Misteri - misteri ini..
Membuatkan aku merasa semakin kerdil..
Pasrah mengakui hakikat diri..
Sebagai hamba tuhan yang abadi..